Trend Terkini Teh O Ais Gergasi Viral, Ramai Yang Tidak Tahu Kesan Buruk Yang Bakal Kena

Gula adalah karbohidrat ringkas yang mem bekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan/air semasa penyediaan atau pemprosesan.Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Tiada angin tiada ribut, tiba tiba viral satu trending bungkusan teh o ais bersaiz gergasi dalam sebuah beg plastik.Difahamkan, trend itu tercetus selepas satu video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dari negara seberang, In.d0nesia.

Menerusi video ber kenaan, dapat dilihat beberapa pemuda keluar daripada sebuah kedai membawa beg plastik berisi minuman teh o ais.

“Besar, ada yang bisa lawan ga,” tulis individu ber kenaan sebagai kapsyen.

Video itu kemudian tular hingga ke Malaysia dan sehingga kini, video tersebut telah dikongsi sebanyak 37,600 kali dan telah menerima satu juta likes.
Menerusi ruang komen, kebanya kan netizen dilihat terkejut dengan saiz minuman berkenaan.

Malah, ramai juga bersikap ‘sarkastik’ apabila menyifarkan air berkenaan bakal membuatkan pundi kencing meletup.

“Memang meletup pundi kencing”.”Bekalan di padang mahsyar”.”Memang kena diabetes ni, nanti ku bawa lori,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?

Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kr0nik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III). Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

Sumber:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *