Terkejut Kena Cas RM72 Utk 8 Bungkus Mee Celup. Ini Yg Terjadi Kepada Gerai Mee Celup Tersebut Selepas Itu

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis amaran dan kompaun terhadap seorang peniaga selepas didakwa menjual mi celup pada harga RM9 sebungkus baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, wanita berusia 33 tahun itu diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurutnya, melalui notis itu, peniaga berkenaan perlu mengemukakan surat jawapan dan alasan harga yang ditetapkan di premisnya dalam tempoh dua hari.

PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP Tanah Merah melakukan pemeriksaan di Pasar Besar Tanah Merah berhubung aduan mi celup dijual RM9 sebungkus.

“Kompauj turut dikenakan kerana peniaga berkenaan tidak meletakkan tanda harga mengikut perenggan lima, Perintah Kawalan Harga dan AntiPencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020.

“Kita memandang serius perkara itu dan pengguna dialu-alukan untuk menbuat laporan kepada KPNDHEP sekiranya berdepan situasi peniaga menaikkan harga barangan atau makan sesuka hati,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pelanggan mengadu membeli mi celup pada harga yang tidak masuk akal iaitu RM9 sebungkus.

Mangsa mendakwa dia membeli lapan bungkus mi celup dan perlu membayar RM72 sehingga menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan oleh peniaga tersebut.

Harga sebungkus mi celup di Kelantan kebiasaannya dijual pada harga RM5 manakala RM7 untuk mi celup istimewa.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *