HASRAT penyanyi Reedzwan menziarahi kubur arwah bapa di Perak tidak kesampaian apabila kawasan perkuburan tersebut sudah diratakan tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni yang berkongsi perkara tersebut di Instastory masih terkejut dengan apa yang berlaku dan tidak dapat menahan air matanya.
“Aku baru sampai Perak… aku nak tengok kubur abah. Lepas itu aku tengok kubur abah dah tak ada. Batu nisan pun mereka susun tepi macam itu saja.
“Kalau mereka nak tambak pun sekurang-kurangnya beritahu ahli keluarga dulu. Ini tak tahu cerita apa-apa, tiba-tiba kubur hilang,” kata Reedzwann.
Bagaimanapun penyanyi berusia 22 tahun ini tidak bercerita lebih lanjut di mana lokasi sebenar tanah perkuburan tersebut.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Adakah Ini Mimpi kecewa pihak masjid yang bertanggungjawab menguruskan kawasan perkuburan itu tidak memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Malah, kata Reedzwan dia hanya menemui batu nisan yang dikumpul di tepi tanah perkuburan terbabit.
“Pihak masjid tak beritahu apa-apa pun… tahu-tahu kubur abah dah tak ada. Lepas itu, mereka longgok semua batu nisan dekat tepi,” tulisnya.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.