Alhamdullilah Semakin Baik, Shuib Kongsikan Gambar Terbaru Abang Arwahh Siti Sarah Di Hospital

Sebelum ini,¬†Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang disahkan positif COVID-19 dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, sejak semalam, dilaporkan tidak ‘berapa baik’.

Shuib Sepahtu dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru Ahmad Firdous oleh kakak iparnya, kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Semalam, saya ada maklumkan di Instagram (IG) mengenai keadaan abang ipar yang dimasukkan ke ICU dan ditidurkan pada jam 5 pagi.

“Pada jam 11 pagi, kakak ipar hubungi dan beritahu keadaan Ahmad Firdous tidak berapa baik.

“Doktor menjelaskan situasi dialami abang ipar hampir sama dengan arwah Siti Sarah… Paru-paru abang ipar tidak baik,” katanya selesai majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Siti Sarah yang dikendalikan secara virtual, malam tadi.

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, memberitahu, Siti Sarah rapat dengan abangnya itu.

“Semoga Allah memberi kemudahan kepada abang ipar. Dia baik orangnya dan sangat rapat dengan arwah isteri.

“Semoga dengan bacaan Yassin dan doa pada malam ini (tadi), abang ipar terus diberi kekuatan untuk bangun dan berjuang… Insya-Allah,” katanya.

Alhamdullilah, Sudah Sedar

Melalui instagram Shuib Sepahtu, beliau telah memuat naik gambar terbaru abang kepada arwahh Siti Sarah.

Menurut Shuib keadaan terkini abang ipar dia semakin pulih dan hari ini dengan kuasa Allah SWT abang ipar Shuib sudah sedar dan telah buka mata.

Allahuakbar!!! Allah Maha Besar!!! Syukur dah bukak mata!!! Terima kasih pd yg mendoakan..Tp kita sambung lagi doa utk yg lain yg sedang bertarung nyawa,,kita nak semua org kembali sihat!!! Balik jumpa keluarga Amin  Syukur Ya Allah

Alhamdullilah, mari kita sama doakan agar abang ipar Shuib sembuh sepenuhnya dan boleh discharge dari hospital. Semoga dipermudahkan.

Sumber : Bharian Online / IG Shuib Sepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *