Sayu hati mengenangkan kisah seorang wanita, Ayuni Ahmad yang terpaksa menjual gelang emasnya dek kerana kos pengurusan jena zah arwah datuk yang mencecah RM5,000.
Menurut Sinar Harian, peristiwa yang berlaku pada tahun lepas itu difahamkan arwah datuk Ayuni meninggal dunia disebabkan Co vid-19.
“Masa tu dalam kepala tak fikir apa dah, nak cari duit kat mana?…”
Tambah Ayuni, kos keseluruhan pengurusan jenazah lebih dari RM5,000. Ketika itu tiada yang terlintas di kepalanya selain menjual emas yang ada di tangan.
“Kos sangat tinggi. Masa tu dalam kepala saya takfikir apa dah. Nak cari duit kat mana? Saya ingat ada gelang at tangan masa tu, jadi terpaksa jual dan dapatlah RM3,400.”
“Kos penghantaran jenazah atuk RM2,800, naik van untuk hantar ke kampung (190km), urus jenazah RM1,200, pengebumian RM1,300 dan tahlil, RM300.”
“Mujur ada keluarga terdekat bantu…”
Ayuni turut bercerita mujur ahli keluarga terdekat ada membantu untuk menggenapkan kos keseluruhan jenazah sebanyak RM5,000.
“Lepas urusan selesai, dalam seminggu saya pulang semula wang keluarga yang dipinjamkan kepada saya.”
Ejen pengurusan jenazah yang mengenakan caj sehingga RM5,000 dianggap terlalu tinggi. – Gambar hiasan
Situasi yang dihadapi Ayuni disifatkan tidak relevan dan terlampau mahal, ujar sukarelawan logistik, NGO VCEE Malaysia, Muhamad Lutfi Hakimi Abdullah.
Sumber : BHARIAN ONLINE via REDAKSI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.