Beberapa parti politik mengadakan mesyuarat khas susulan perkembangan politik negara, hari ini.Anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan wakil-wakil rakyat PAS mengadakan perjumpaan khas.
“Ya, ada perjumpaan khas (wakil rakyat PAS),” katanya ringkas.
Perkara sama turut disahkan Anggota Parlimen Tumpat daripada parti itu, Che Abdullah Mat Nawi. Dia bagaimanapun dia tidak dapat hadir kerana masih menjalani kuarantin kendiri.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah perkenan menerima peletakkan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinetnya.
Ia selepas anggota Parlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan sekali gus menyaksikan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.
PAS, Umno dan Bersatu masing-masing adakan mesyuarat khas
Bagaimanapun Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri ‘caretaker’ atau sementara sehingga perdana menteri baru dilantik.
Sementara itu biro politik Umno turut mengadakan mesyuarat, petang ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dijangka bagi membincangkan hala tuju parti.
Dalam perkembangan sama Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan memaklumkan majlis pimpinan tertinggi parti itu turut mengadakan mesyuarat secara dalam talian, petang ini.
“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga sedang bermesyuarat atas talian mengenai langkah seterusnya. Ahli-ahli Bersatu diseru bertenang dan memberi kepercayaan kepada pimpinan.
“Saya jangka timbalan presiden akan membuat pengumuman setelah keputusan dicapai,” katanya dalam kenyataan media.
Sumber:MK
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.