Tirai GegarVaganza Final Baru Bermula Tapi Nabil Tak Bahan Pakaian Kak Lina, Rupanya Baju Kak Lina Sama Seperti Ini

Busana bertema futurisik digayakan pengacara bersama Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein pantas mencuri perhatian peminat.

Ramai dalam kalangan peminat menerusi Twitter berasa pelik namun pada masa sama memuji dres berona hitam ditengah dipadankan dengan warna perak berkilau.

“Aina Abdul is shaking tengok baju ‘angkasawan’ Kak Lina Pom Pom nombor syatu (satu).

“I love you Lina Pom Pom tapi akak nampak besarlah dengan baju itu. Harap-harap ada tukar baju kedua nanti,” demikian antara ciapan ditinggalkan pengguna Twitter.

Sementara itu, di atas pentas, pengacara bersama Nabil Ahmad berseloroh dengan berkata: “Dah macam ikan bakar portugis.”

Terdapat seorang pengguna Twitter memberitahu pakaian yang dipakai Elly atau mesra disapa kak Lina Pom Pom itu sesuai digayakan untuk menjaga jarak sosial pada hari ini.

“Baju Kak Lina sesuai untuk jaga penjarakan sosial hari ini,” kata seorang netizen.

Malah, terdapat netizen menyamakan busana Kak Lina seperti sarung bantal.

“Baju Kak Lina dah macam sarung bantal!” kata seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, turut mencuri tumpuan adalah busana sedondon berwanra merah jambu yang digayakan oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Seorang lagi juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat kekal anggun dengan persalinan yang sangat menyerlahkan kejelitaannya.

Kerusi juri peringkat akhir GV9 turut diserikan dengan kehadiran juri jemputan, penerbit muzik berpengaruh, Edry Abdul Halim yang diterbangkan khas dari United Kingdom.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *