TMJ Akhirnya Tampil Beritahu Sebab Dia Undur Diri Dari JDT Sehingga Beribu Tinggalkan Komen

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan kelab itu.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, pada petang Khamis.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Tunku Ismail di Facebook.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keputusan tersebut, namun turut memberikan kata-kata semangat.

“Berita ini adalah paling sedih bagi penyokong JDT. Apapun tuanku terima kasih. Cubit paha kanan paha kiri tetap terasa.”

“InsyaAllah TMJ tahu apa yg dilakukan. TMJ yakin dgn pengurusan tertinggi”

“Kedudukan kelab dah kukuh dan berada dalam prestasi terbaik. Pengurusan pun tip top. Rasanya TMJ buat keputusan yg terbaik. Doakan semoga kelab JDT terus maju jaya!” demikian antara komen-komen netizen.

JDT Semakin Dikenali Dunia – TMJ

“Saya begitu teruja apabila kelab kecil yang telah kita bina selama ini mencipta sejarah setiap hari dan juga semakin dikenali dunia”, Kata TMJ.

JDT platform terbaik untuk ‘ubi muda’ julang trofi, fasiliti sama bagus dengan kelab utama Jepun

Bermula dengan penyediaan fasiliti canggih, layanan dan pembawaan diri yang diterapkan dalam pasukan pasti akan mematangkan pemain muda agar lebih bersedia untuk mengharungi karier pada masa akan datang.

Tidak hairanlah jika bekas pemain kebangsaan Jepun yang juga pemain import Kelantan United, Masashi Motoyama menghamburkan pujian kepada pengurusan JDT terutamanya dalam aspek fasiliti.

Pemain seperti Arif Aiman Mohd Hanapi, 19, dan Muhd Ramadhan Saifullah Usman, 20, antara paling menonjol sekali gus menjadi bukti JDT mampu menawarkan kejuaraan buat pemain muda seawal mungkin.

“Menjadi juara, mendakap piala dan mempunyai rekod aksi di pentas tertinggi adalah impian semua pemain bola sepak.

“Dalam usia semuda itu, pemain ini (Arif dan Muhd Ramadhan) telah menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala Sumbangsih dan satu Piala Malaysia,” kata kelab itu yang dipetik menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers.

SUMBER:MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *