Sekarang dunia digemparkan dengan berita sebuah negara islam, P4le$tine sedang teruk dis3rang dengan is r4 3l.
Di Malaysia, rakyat terutama beragama islam telah bersatu mengecam tindakan negara is r4 3l tersebut.
Sumbangan demi sumbangan kepada pelbagai tabung kemanusiaan untuk membantu saudara islam kita diwujudkan.
Jika sumbangan tidak dapat diberikan dalam bentuk wang, kita boleh beri dalam doa untuk membantu mereka.
Selain berdoa, salah satunya adalah menghulurkan bantuan dari segi kewangan.
Langkah seperti itu dilakukan oleh usahawan dan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie apabila melancarkan penjualan pelitup muka eksklusif dengan empat reka bentuk bendera Pale.s.tin.
“Topeng untuk solidariti, topeng untuk hak asasi manusia, topeng yang berteriak #FREEPAL.ES.TINE! Hasil jualan 100% akan terus membantu saudara-saudari kita di Pale.s.tin,” tulisnya di laman Instagram.
Menurut menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, keuntungan 100% akan disumbangkan kepada rakyat Pale.s.tin yang menderita akibat kekejaman rejim Zionis.
Malah siapa sangka dengan sokongan padu dan keprihatinan orang ramai, dia berjaya mengumpul dana sebanyak RM213,005.00 dalam tempoh kurang dari 12 jam
Hanya Allah akan balas kebaikan anda semua!
Difahamkan setakat ini, koleksi Jovian Mask For Pale.s.tin telah meraih sebanyak RM213,005. Bagaimanapun, Jovian berkata dia tidak akan membuka slot tempahan lagi sehingga diberitahu kelak.
4,500 pelitup muka sudah dijual
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja bagi membeli pelitup muka tersebut sehingga laman web rasmi jenama berkenaan mengalami masalah teknikal dan perlu menunggu untuk seketika waktu.
Sumber: Instagram Jovian Mandagie via OMM
Nota: Pihak kami terpaksa menukar 2 nama negara tersebut kepada ayat lain kerana faktor keselamatan media sosial. Harap Maklum