Suami Buat Muka Toya, Masih Tersenyum Macam Tiada Perasaan Selepas Ditangkap Khalwat, Si Isteri Buat Luahan

Hati isteri mana yang tak luluh dan kecewa bila dapat tahu suami sendiri berlaku curang dengan wanita lain. Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila si isteri sendiri menjadi saksi melihat suaminya berfoya-foya dengan teman wanitanya namun, lelaki tersebut bertindak seolah-olah tidak bersalah dengan apa yang telah terjadi.

Suami kantoi curang

Seperti video dikongsi seorang wanita cekal dari Indonesia, di laman TikTok, ‘menangkap’ suaminya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Video tersebut bagaimanapun, telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang geram dengan tindakan lelaki berkenaan.

Maaf saya sudah tak tahan dengan emosi. Sejak Julai saya tahan.

Menerusi video pendek dikongsi, si suami dilihat tersenyum ketika isterinya meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi. Pada masa yang sama, dia (isteri) berharap agar kekasih suaminya menerima balasan yang setimpal atas apa yang telah dilakukan.

VIDEO

 

Tak ada perasaan dan masih boleh tersenyum seperti itu. Anak saya sakit di rumah, adakah awak tahu?

Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut mempersoalkan tanggungjawab hakiki seorang ayah kepada anaknya yang berusia tiga tahun. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan lelaki ini dan memintanya bersabar dengan ujian tersebut.

Tak apa jika tidak sayang saya. Tapi setidaknya peduli lah sikit dengan keadaan anak.

Suatu hari nanti, awak mempunyai anak dan awak akan mendapat karma. Anak saya yang berumur tiga tahun belum pun masuk ke sekolah. Bapa jenis apa yang tiada belas kasihan kepada anak-anaknya?

SUMBER:OHBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *