Tidak dinafikan khilangan individu tersayang merupakan m0men yang svkar untuk diterima lagi-lagi ia melibatkan ahli keluarga sendiri. Mahu tak mahu, individu tersebut perlu akur dan menerima dengan hati yang terbuka. Namun, terdapat satu kejadian di mana seorang lelaki berasal dari Ponorogo, Jawa Timur dipercayai sanggup menggali kubur isterinya sendiri yang baru sahaja sebulan meninggal dunia.
Gali kubur isteri sendiri
Menerusi video yang dikongsi di laman TkT0k, memaparkan lelaki ini sedang menggali kubur isterinya menggunakan cangkul sebelum dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis. Difahamkan, lelaki ini seolah-olah masih tidak dapat menerima kenyataan isteri tersayang sudah dijemput Sang Pencipta.
Dia dikatakan masih tidak dapat mempercayai bahawa isteri yang amat dicintainya telah ‘meninggalkannya’. “Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur,” demikian tulis keterangan dalam video tersebut.
Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur.
Memetik laporan Tribun News, tindakan menggali kubur bukanlah kali pertama dilakukan oleh lelaki ini dan dia turut melakukannya pada hari ketujuh kematian isterinya. Mengulas lebih lanjut, lelaki ini dilaporkan mengalami masalah gangguan mental sejak kecil lagi dan mendakwa terdapat suara bisikan ghaib yang meminta dia berbuat demikian.
Ketika ketibaan pihak polis, individu berkenaan sudah berjaya menggali kubur sedalam 80 sentimeter. Video tersebut bagaimanapun, telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut sedih dengan nasib yang menimpa lelaki ini.
Ketika polis tiba, dia dilaporkan telah menggali sedalam 80 sentimeter.Video lelaki tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai tindakannya.
“Gara-gara menonton video ini, saya menjadi bertambah sayang kepada isteri. Susah dan senang selalu bersama. Semoga kami dapat sehidup semati,” komen seorang netizen.
Sumber: Tribun News Via OhBulan