Kanak Kanak Perempuan Ini Digil1s Dengan Van Sekolah Yang Dia Baru Turun

Hari ini, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilang.gar dan digi.lis oleh sebuah van.

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang ingin mengetahui keadaan kanak-kanak yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang melintas jalan sebelum dilanggar dan digilis oleh sebuah van berwarna putih.

Susulan daripada pelanggaran tersebut, van tersebut berhenti dan kelihatan seorang wanita tampil untuk membantu mang.sa.

Wanita berkenaan dilihat cuba membantu mang.sa sebelum datang seorang wanita lain bersama murid-murid yang berada di tempat kejadian.

Menerusi kapsyen pendek yang digunakan oleh Kelantan Inside di laman Facebook, turut mempersoalkan siapa yang patut dipersalahkan berikutan kemalangan tersebut.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi asal di mana kejadian tersebut berlaku dan keadaan terkini mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai menyalahkan pemandu van tersebut atas nasib yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Kami minta maaf kerana tidak dapat siarkan video tersebut. Jika anda mahu lihat video, boleh pergi laman Facebook di gambar bawah atau terus ke page Facebook Kelantan Inside

Sumber : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *