Ucapan Raya Untuk ‘Suami Orang Tersayang’ Buat Ramai Netizen Wanita Panas, Tuan Badan Akhirnya Tampil Beritahu Sebab Dia Buat Begitu Sampai Ramai Tertarik Dengannya

Ucapan raya seorang wanita di laman sosial mengundang k0ntr0versi.Menerusi posting video di TkT0k, Diana Danisha, 40, seolah-olah mendedikasikan ucapan tersebut buat seorang lelaki yang sudah berkahwin.

“Selamat Hari Raya suami orang tersayang. Beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you dulu tau.

“Nanti kita raya bersama, I miss you so much,” tulisnya dalam video tersebut.

Senang disapa Diana, wanita itu ketika dihubungi mStar tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dan berharap isu berkenaan reda dengan segera.

“Sebenarnya saya tak sangka (viral). Dalam TikTok ada macam-macam cerita mengenai suami orang, janda dan sebagainya. Saya saja-saja buat video kerana hal ini pernah terjadi pada saya.

“Saya merupakan ibu tunggal. Ia pernah terjadi masa saya balik raya di kampung dengan bekas suami. Masa beraya, tengok suami keluar pergi call, tapi masa tu belum kantoi. Saya saja buat throwback kisah sendiri melalui video itu.

“Video itu saya cuma cakap selamat hari raya untuk suami orang tersayang. Itu perjalanan saya, maksudnya saya teringat kisah hidup, sebab kita yang lalui sendiri dulu sampai kantoi,” dakwanya.

Menurut Diana yang sudah bercerai pada 2018, hubungannya bersama bekas suami masih baik sehingga ke hari ini demi membesarkan dua cahaya mata berusia 12 tahun dan sembilan tahun.

Tambah Diana, dia juga tidak menolak takdir sekiranya bertemu jodoh suatu hari nanti memandangkan bekas suaminya juga sudah bernikah lain menjelang Ramadan lalu.

Mengenai video tular yang menerima banyak kecaman, Diana bagaimanapun tidak berkecil hati dengan segala komen negatif yang dilemparkan netizen.

Malah katanya, dia juga tidak bercadang untuk memadam video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan.

“Saya juga ada tunjuk video viral itu pada saudara-mara. Kalau betul saya salah, mesti mereka marah. Tapi mereka semua okay dan tahu kisah sebenar.

“Ramai yang komen keluarkan kata-kata kecaman, tak apalah, yang penting Allah tahu apa saya buat. Saya tak serik untuk buat video TkT0k, saya tak terfikir untuk padam video viral tu. Saya pun maafkan mereka semua, tak terasa dalam hati pun.

“Ada komen baik, ada komen buruk dan ada yang tersangat buruk. Tapi ini semua hal dunia saja. Selama ini saya dah kuat dengan ujian, kali ni tuhan nak bagi saya jadi lebih kuat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata, berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg) sewaktu bergelar isteri, namun kini beratnya hanya 55kg.

Jelasnya, dia mengalami perubahan itu selepas gagal dalam perkahwinan, namun menerima segala yang berlaku dengan penuh kesyukuran.

“Ini ujian hidup, Allah dah tentukan. Kita melakonkan apa yang dah tertulis. Saya tak minta jadi janda. Saya tetap baik dengan bekas suami. Kalau Allah takdir saya kahwin lagi, saya terima saja dengan sesiapa. Sekarang saya nak besarkan anak dan betulkan diri.

“Dulu berat saya 80kg masa isteri orang. Sekarang 55kg. Bila jadi janda, automatik kita akan jadi lain. Kalau rasa nak cantik macam saya, jadilah janda,” ujarnya berseloroh.

SUMBER: MSTAR0nline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jan gan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas k0men kom3n yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pasti kan anda ber fikir panjang ter lebih dahulu sebelum menulis komen anda di sini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua k0men yang di tulis disini. Segala Komen adalah hak dan tanggung jawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kis4h kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dik0ngsi kan se perti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *