Ustaz Ini Masuk Live Lelaki Jual Bundle Waktu Pagi Dan Borong Semua. Menangis Lelaki Itu Dan Last Sekali Ustaz Ini Buat Lagi Kejutan

Seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) menangis terharu apabila seorang lelaki membeli semua jualannya berharga RM1,000 dalam satu siaran langsung di TikTok.

Lelaki yang memborong semua pakaian itu, dikenali sebagai @UstazTido, kemudian meminta peniaga tersebut memberi semua baju yang dibeli itu kepada gelandangan sekitar bandar.

“Anggap ini rezeki awak. Kalau kamu ada masa, sebelum subuh cuba pergi ’round’ bandar, cari orang gelandangan dan beri baju-baju itu pada mereka,” ujar @ustaztidoofficial itu.

Bukan itu sahaja, ustaz tersebut turut memberi tambahan RM300 kepada peniaga itu untuk membaiki telefon pintarnya yang rosak.

Di ruangan komen, orang ramai memuji dan mendoakan agar @ustaztidoofficial dimurahkan rezeki kerana sering membantu peniaga-peniaga kecil untuk terus bersemangat berniaga.

“Allahuakbar semoga ustaz dimurahkan rezeki selamanya, amin,” komen salah seorang netizen.

“Pernah rasa macam mana susah jual baju bundle.. penat, tiada yang beli. Kalau ada yang beli sehelai, rasa gembira luar biasa,” komen netizen yang lain pula.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh @ArmyUstazTido itu telah mendapat 2.4 juta tontonan, 209,500 tanda suka dan 6,912 kongsian.

Di akaun TikTok @ustaztidooffial, beliau sering memaparkan video dirinya berkongsi rezeki kepada orang yang memerlukan sekaligus menyebarkan kebaikkan kepada orang ramai.

VIDEO:

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *