#Gambar gaul ikan kunyit hanya sekadar hiasan
Perkongsian video TikTok oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Ustaz Anas (@anasjamaluddin85) membuka mata apabila seorang individu mengadu tentang isu tuntutan cerai yang terjadi akibat nilai nafkah yang diberikan kepada si isteri rendah.
Video tersebut menunjukkan lelaki tersebut datang kepada Ustaz Anas dalam keadaan kusut dan serabut serta tangannya juga berwarna kuning.
Apabila ditanya, individu tersebut menceritakan kejadian yang berlaku kepada dirinya yang menerima surat tuntutan cerai dari mahkamah ketika dia sedang menggaul ikan dengan kunyit untuk makan, namun hilang rasa lapar apabila menerima perkhabaran itu.
“Isteri saya menuntut cerai atas sebab nafkah yang diberikan kurang, tetapi ini semua disebabkan hawa nafsunya juga.
“Hutang saya makin bertimbun kerana isteri mahu melahirkan anak di hospital swasta sehingga saya terpaksa membuat pinjaman peribadi yang banyak,” jelasnya kepada Ustaz Anas.
Tangkap layar dari video Tiktok
Rata-rata komen netizen sangat bengang dengan tindakan si isteri yang membebani sang suami.
“Ukur baju di badan sendiri lebih baik hidup biasa daripada serabut dibelenggu hutang,” ujar Izanasir110.
“Allahuakhbar, sedihnya. Sebenarnya dalam rumahtangga tolak ansur sangat penting dan jangan tuntut sesuatu yang di luar kemampuan suami,” komen Fiza80fiza80.
“Saya pun bersederhana bersama suami dan tolong menolong dari segi kewangan… tenang rasa,” kata Iffa.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.