Bila Vicha Dari Kumpulan Jborn Menjadi Ibu Hetty Koes Endang. Meremang Bulu Roma Bila Tengok Rakaman Itu

Anggota kumpulan JBORN, Vicha mendapat pujian netizen selepas membawakan watak juri tetap GegarVaganza 2019 (GV2019), Hetty Koes Endang di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 pada Jumaat.

Vicha yang muncul dengan menyarungkan busana berwarna merah hitam dan juga gaya tudung persis Hetty atau lebih mesra dengan panggilan Bunda ternyata membuatkan penonton tidak dapat menahan ketawa.

Lebih-lebih lagi apabila Vicha melaungkan ayat popular Bunda iaitu ‘tembakannya tepat!’ sewaktu membuat persembahan di hadapan juri MLM2019.

Ayat tersebut merupakan kata-kata ‘treadmark’ bunda sewaktu memberikan komen kepada bintang GV2019.

“Tembakannya Tepat!” – Umpama Dirasuk, Kali Ini Vicha Jadi Ibu Hetty Koes Endang Pula

Lebih lucu lagi sebaik sahaja ayat itu dituturkan oleh Vicha, sekali lagi disambut dengan gelak tawa penonton termasuklah empat juri MLM2019, Datuk Awie, Inul Daratista, Lisa Surihani dan Johan.

Menerusi ruangan komen di media sosial juga, rata-rata netizen masih lagi tidak boleh ‘move on’ dengan persembahan Vicha.

“@vicha_barbie akak tengok gelak besar tengok kamu jadi bunda Hetty, tembakannya tepat, aman. Tahniah dapat 5 Ha… Awie tergelak kalau dengan kamu ni. Next week bikin panas lagi ya,” komen @dlailaabas

“Kami gelak pecah perut. Mula-mula baru nak tanya, Vicha memang dah pakai tudung ke, sekali dia cakap tembaknya tepat, terus teringat bunda. Kami nantikan next week. Lepas kerja balik rumah terus,” tulis @beralas.co

Terdahulu, minggu pertama MLM2019 menyaksikan tiga kumpulan Kerusi Panas berada di pusigan penyingkiran bersama kumpulan Puteh.

Bagaimanapun tiada penyingkiran berlaku.

Manakala kumpulan JBORN pula mendapat mata tertinggi dan berada ditangga pertama.

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *