(Video) Lana Nodin Tunjuk Bagaimana Suaminya Solat Jumaat Dan Tiada SOP Kena Ikut

Acap kali berkongsi video kehidupan di Amerika Syarikat (AS), pelakon Lana Nordin mendedahkan kepada umum bahawa solat jumaat di Amerika Syarikat boleh dilakukan secara berjemaah tanpa penjarakan saf.

Menurut Lana, suaminya iaitu David McKienzie dapat menunaikan solat tersebut di Masjid Hazmah di Clearwater, semalam.

Saf di sini tidak ada penjarakkan

Alhamdullilah. Thank you Allah swt. Hari ni saya dan suami @david_mckienzie dapat menunaikan solat Jumaat berjemaah dekat Masjid Hamzah di Clearwater. Alhamdullilah, dengan izinNya, masjid ini hanya beberapa minit sahaja dari tempat tinggal kami.

Menurut Lana, dia dan suami bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di sebuah masjid berhampiran kediaman mereka.

Ujar Lana, solat Jumaat di sana tidak perlu penjarakan saf. Bahkan, semua jemaah digalakkan untuk merapatkan saf antara satu sama lain dan tiada sebarang diskriminasi yang dikenakan kepada mana-mana individu sebelum masuk ke masjid.

Surprisingly ramai umat islam menunaikan solat jumaat dan semasa kami solat jumaat, saf di sini tidak ada penjarakan sama seperti saf sebelum wujudnya covid dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini. MasyAllah.

Semoga Malaysia pulih

Thank you Allah kerana permudahkan semuanya untuk kami sekeluarga. Insyallah, semoga Allah akan permudahkan keluargaku, saudaraku dan sahabatku di Malaysia dan semoga Malaysia pulih semula. Semoaga Allah lindungi umat umatNya walau dimana kita berada. Thank you Allah for this opportunity.

Di akhir posting tersebut, Lana mendoakan yang terbaik buat seluruh ahli keluarganya dan sahabat yang berada di Malaysia. Jelas Lana, dia berdoa semoga Malaysia kembali pulih seperti biasa.

VIDEO:

 

Sumber : OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *