Minggu suku akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 malam tadi menyaksikan tiada penyingkiran berlaku sekaligus melayakkan semua kumpulan pusingan seterusnya.
Menerusi dua persembahan malam tadi, Kumpulan Tobat merupakan peserta paling menyerlah apabila berada di tempat pertama dan memperoleh Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.
Kumpulan Tobat juga telah menerima standing ovation pertama daripada juri, Noh Salleh dan memperoleh 5 Ha.
“Malam ni Tobat memang stand out all the way dan hari ni memang dorang dasyat semacam. Persembahan mereka seimbang,” katanya sambil menekan butang Ha.
YUSUF AZMI DI PENTAS MAHARAJALAWAK MEGA
Di pusingan suku akhir Maharajalawak Mega, kumpulan tiro telah menjemput Yusuf Azmi di dalam sketsa mereka.
Ini adalah kali pertama Yusuf Azmi berada di pentas maharajalawak mega dan sememangnya tidak mendukacitakan semua penonton termasuk juri.
Sketsa yang kumpulan Tiro bawakan adalah berkenaan dengan Ahlong pengutip hutang dan ini sudah semestinya ada kaitan dengan kanda Yusuf Azmi.
KOMEN NETIZEN:
VIDEO:
Selepas acara suku akhir Maharajalawak Mega berakhir, Yusuf Azmi telah mengeluarkan kenyataan terima kasih kepada kumpulan Tiro.
JANGAN PINJAM… BERSUBAHAT DAN BERSEKONGKOL DENGAN AH LONG
Terima kasih adinda Sharif (TIRO), Syaiful (TIRO) dan adinda Daniel (TIRO) sudi menjemput serta beri kepercayaan kepada saya untuk bawakan watak ini.
Saya juga ingin mohon maaf jika ada khilaf atau tersalah kata sepanjang kita bersama… saya cuma mampu buat yang terbaik dan semoga mesej disampaikan di dalam persembahan Tiro semalam tercapai.
…dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai dan pengguna-pengguna di luar sana.
Ingat, hidup anda akan sengsara dan tidak tenteram jika sudah masuk jerat sindiket ini!
Ini markah penuh setiap kumpulan di minggu kelapan MLM 2021, malam tadi:
Tobat: 68.47%
Tiro: 65/92%
Boro: 62.38%
Bahye: 60.27%
Puteh: 54.59%
Otai: 46.58%
Artikel : AwatttSyeikhh Network