Wafariena Dedahkan Terima Ugutan Sampai Nak Santau Dia Sebab Nurul Ain

Gara gara keberkesanan permainan watak pemusnah rumah tangga orang dalam drama fenomena, 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu Nurul Ain, pelakon Wafariena mendedahkan menerima ugutan santau dari pada penonton taksub.

Kata Wafariena atau nama sebenarnya, Wafariena Roslan, 27, ugutan tersebut diterimanya menerusi media sosial termasuklah direct message (DM) Instagram.

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah santau.

“Barangkali ada yang nasihatkan tak usah ambil serius dengan ugutan sebegitu (terutama santau), tapi saya perlu berjaga-jaga dan mengingatkan penonton apa yang saya paparkan menerusi watak Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.

“Tolonglah jangan terbawa bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, watak Nurul Ain menerusi drama rantaian arahan pengarah Jamal Khan itu sekali lagi mencetuskan amarah luar biasa dalam kalangan audiens yang rata-rata mengecam karakter berkenaan yang menjadi orang tengah atau pemusnah rumah tangga Mia dan Khuzairi (lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahaya).

Drama berkenaan telahpun menamatkan tirai menerusi episod akhir, kelmarin.

Ditanya tentang sama ada dirinya selesa melakonkan watak antagonis seperti Nurul Ain, Wafariena berkata, dia terbuka untuk melakonkan watak-watak lain selepas ini bergantung kepada tawaran dan skrip.

“Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apapun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.

“Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insya-Allah,” ujar Wafariena.

Sebelum ini, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang itu mendedahkan, pernah diugut netizen sehingga ingin disimbah asid pada wajah juga disebabkan karakter Nurul Ain yang tergila-gilakan Khuzairi.

SUMBER:K0SM0_ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *