Wak Doyok Jual Pizza Murah, Sekali Individu Ini Kantoikan Wak Doyok Dgn Koyak Sticker Atas Kotak

Bila sebut saja nama Wak Doyok, warga Malaysia mesti akan kenal dengan usahawan dan personaliti fesyen ini.

Yela, dengan penampilan berjambang siap dengan pakai suit, trademark bergaya yang dibawa oleh Wak Doyok memang lain dari yang lain.

Baru-baru ni, Wak Doyok dah ceburkan diri pula dalam bidang perniagaan pizza.

Katanya, dia buat jenama baru Pizza Setujuh sekadar nak cuba nasib je, tak sangka dapat sambutan ramai. Siap berbaris panjang lagi semata nak tapau pizza.

Paling gila harga pizza yang Wak Doyok jual ni RM7 je. Murah betul?

Bila tengok feedback, semua cakap rasa pizza sangat sedap, tak berbaloi dengan harga yang murah.

WAK DOYOK KANTOI?

Tapi, ada satu benda yang ‘tak best’ jadi bila terdapat pelanggan yang jumpa brand pizza lain atas kotak Pizza Setujuh.

Lepas koyak sticker, rupa-rupanya Pizza Setujuh adalah Pizza Hut. Confirm lah ramai yang terkejut!

Bukan Wak Doyok je, Youtubers Auntie Siow (SoImJenn) yang juga buat perniagaan pizza dengan jenama Pizza8, juga ‘kantoi’ menggunakan Pizza Hut untuk dijual kepada peminatnya.

Paling best, ramai yang dah tapau dan siap makan kat situ lagi. Meriah betul dengan pelanggan sebab satu Pizza8 dengan rasa yang tasty dijual dengan harga RM8 je.

Apa sebenarnya yang jadi ni?

Rupa-rupanya, Wak Doyok dan SoImJenn tengah buat eksperimen Syiok! Tapau Je untuk prank peminat mereka.

Maksud prank itu adalah semata-mata bagi membuktikan bahawa jika pembeli merasakan pizza RM7 dan RM8 yang dijual mereka itu sudah menjadi deal atau tawaran yang baik, jadi pizza RM6 yang ditawarkan oleh Pizza Hut adalah pilihan paling terbaik dari semua yang tak dapat disangkal lagi!

So, sekarang ni semua peminat dan pelanggan Pizza Setujuh dan Pizza8 dah tahu deal terbaik untuk mendapatkan pizza sedap dan berbaloi adalah dari promosi Syiok! Tapau Je oleh Pizza Hut yang boleh dibeli dengan harga RM6 je di Pizza Hut seluruh Malaysia. Alahai!

Sumber : SIAKAP KELI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *