Wak Doyok Respond Bila Artikel Tentang Gadis Mat Saleh Suka Dia Tapi Gadis Melayu Tak Suka Dia

BIARPUN usianya sudah mencecah 40 tahun, pelakon dan personaliti laman sosial Wak Doyok enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Wak Doyok, dia kini masih dalam proses mencari pasangan yang sesuai selain mengakui ramai wanita mat salih cuba mendekati dirinya.

“Buat masa sekarang saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.

“Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu, cuma mereka yang tak minat saya.

“Saya tidak mencari tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga,” kata Wak Doyok kepada mStar.

Wak Doyok ditemui ketika sesi temu bual bersama mStar menerusi segmen What The! baru-baru ini

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini memberitahu selain memiliki wajah cantik, dia juga mahu bakal isteri yang tahu memasak.

Ikon fesyen terkenal ini juga berharap pasangannya itu nanti bukan seorang yang gemar melayari laman sosial serta menjadi terkenal.

“Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

“Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya… itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh, saya tak nak isteri yang aktif dalam laman sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu, setelah artikel ini ditulis, Wak Doyok ada meninggalkan komen di ruangan Mstar yang tak disangka.

Wak Doyok memang sangat `sporting`.

Sumber Mstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *