Walaupun Dikatakan Sudah Ada Bukti, Fezrul Khan Enggan Mengaku Salah, Sekali Reen Rahim Buat Luahan

Reen bersikap pr0fesional dan tidak mahu memanjangkan isu. Susulan dakwaan dice.kik oleh Fezrul Khan ketika sedang menjalani penggambaran sebuah filem, pelakon Reen Rahim memberitahu dia sudah menghubungi aktor berkenaan bagi menunjukkan bukti video perbuatan kasar yang dilakukan.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, bagaimanapun kesal apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan tersebut dan menganggap kejadian itu sebagai sebahagian proses rakaman.

“Saya kemudiannya ada mesej secara personal dan berikan video bukti menunjukkan saya memang benar-benar sakit dan bukannya ingin bersikap kurang ajar. Namun, dia masih tidak mengaku dan mengatakan perkara itu bukannya benar-benar berlaku.

“Saya sebenarnya mengharapkan selepas perbualan itu ada feedback positif daripada dia, tapi dah dia cakap macam tu, saya nak kata apa?” kepadanya.

Reen berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada malam Rabu. Kejadian itu berlaku ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran filem bertajuk Batu Syaitan.

Dalam satu babak yang dilakokan, Fezrul dilihat merangkul Reen dan tindakan itu dikatakan berlebihan sehingga boleh mendatangkan keceder4an. Mengakui kurang senang dengan apa yang terjadi, Reen secara tidak sengaja meninggikan suara sehingga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

“Sebenarnya sejurus selepas kejadian itu saya memang ingin meminta maaf kepadanya, namun saya lihat pada waktu itu dia sedang dalam keadaan marah.

“Ketika itu memang saya hampir lost dan habis sahaja babak itu saya ada terjerit kepadanya. Terkeluarlah perangai ‘rumah’ saya macam kita bergaduh dengan adik-beradik,” jelasnya.

Sementara itu, Reen berkata dia sentiasa bersikap profesional dan tidak akan menolak sekiranya perlu bekerjasama lagi dengan Fezrul. “Kalau dia cakap tak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang boleh saya cakap? Tapi, saya okay sahaja sekiranya perlu bergandingannya dengannya nanti. Saya juga tidak ada masalah untuk bersama-sama mempromosikan filem kami itu nanti,” jelasnya.

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa kesal kerana dice.kik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem.

Bagaimanapun, Fezrul menafikan dia mence.kik Reen dan menegaskan untuk tidak lagi berlakon bersama aktres itu kerana baginya pelakon perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata untuk mengejar glamor.

Sumber:Mstar0nline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *