Wan Sharmila Diganggu Jebon Dan Kali Ini Dia Tidak Boleh Berdiam Diri

TINDAKAN seorang pengguna Instagram menghantar mesej berbaur lucah mengundang rasa kurang senang pelakon Wan Sharmila.

Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, berkata, dia masih menerima gangguan tersebut meskipun sudah menyekat akaun individu berkenaan.

“Saya rasa nama ini dah banyak kali kacau saya walaupun dah banyak kali saya block dan report Instagram dia.

“Dia asyik cakap benda lucah yang melampau. Saya pun malu nak tunjuk kat sini. Kurang kerja ke apa orang ni? Tolong guys!

“Boleh tak kalau saya buat laporan polis dan suruh tangkap saja manusia ni?,” katanya.

Pelakon drama Kau Yang Pertama ini meluahkan perasaan bengang itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin akaun @jebon6063 yang dipercayai akaun palsu.

Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan ada yang meminta dia melaporkan kepada pihak polis.

“Dia banyak tengok video lucahlah jadi otak kotor macam tu. Report polis je bagi pengajaran dekat orang macam ni.

“Buat saja laporan polis… sekarang cepat saja cari, nanti senang kalau dah ada cover laporan polis.

“Kak buat screenshot kata-kata lucah dia tak? Itu boleh buat sokongan laporan polis, nanti dia orang boleh cari, kesan guna lokasi dan identiti yang diguna. Report sekarang!,” komen pengikut.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *