Wanita Ini Pelik Rendang Berkulat Pagi Raya, Sampai Ramai Kaitkan Dengan Unsur Mistik

Pengumuman Aidilfitri yang disambut lebih awal memberikan satu kejutan besar buat kebanyakan rakyat Malaysia.

Rata-rata pengguna di media sosial memberikan pelbagai reaksi susulan selepas pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, sehari sebelum Hari Raya.

Pagi raya menu wajib yang ada di atas meja tentulah rendang, ketupat dan lemang serta beberapa hidangan lain yang membangkitkan selera kita pada pagi 1 Syawal.

Keterujaan menyambut Aidilfitri bertukar peristiwa malang buat wanita ini apabila rendang yang dimasaknya selama lapan jam berkulat di pagi raya pertama.

Rendang basi, berkulat pagi raya

Menelusuri lanjut kisahnya, menurut pemilik akaun bernama Ezdiani, hidangan yang dimasak pada mala raya itu tidak sempat dijamah sedikit pun kerana basi dan berkulat.

“Berbelas tahun masak, tak pernah jadi macam ni”

Dia akui terkilan dengan musibah itu, mana tidaknya sebanyak 4kg ketupat dan 2 kg rendang buatannya berada dalam keadaan sebegitu, walhal semuanya dimasak dengan betul dan lama.

“Ada sesuatu dalam rumah?”

Walau bagaimanapun, siapa sangka ramai beranggapan bahawa kejadian itu tidak lain pastinya berpunca daripada perbuatan khianat orang.

“Macam dah banyak hari tinggal”

Demikian susulan melihat hidangan tersebut yang bukan sahaja berada dalam keadaan basi, malah juga berkulat sepertinya sudah lama terbiar.

SUMBER:Ezdiani Abd Rahman/Redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *