Wanita Ini Sedih Apabila Tidak Dapat Menatap Wajah Buat Kali Terakhir, Solat Jenazah Pun Tak Dapat Ditunaikan

Kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan seorang kawan atau orang yang anda cintai sememangnya tidak mudah. Anda mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, tetapi anda mesti belajar untuk bertahan, dan menjadi lebih matang.

Kesedihan adalah sebahagian reaksi emosi yang sihat dan normal yang berlaku apabila anda kehilangan seseorang atau sesuatu yang penting. Perasaan itu mungkin berlaku secara berperingkat.Lagi sedih kalau tidak dapat uruskan solat jenazah.

Kuala Terengganu: “Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan solat jenazah, menatap wajah dan menguruskan jenazah arwah bapa mentua tetapi reda kerana ini ketentuan Allah,” kata Wan Pauzi Wan Yahya, 68, menantu kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

Mohamed Salleh, 91, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 3.20 pagi ini.Allahyarham dimasukkan ke wad biasa HSNZ kerana mengalami sesak nafas dan menghadapi tekanan darah tinggi pada Khamis lalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, di sini, jam 10.40 pagi ini.Pengebumian disaksikan ahli keluarga di luar kawasan tanah perkuburan iaitu pada jarak melebihi 150 meter.

Urusan pengebumian dilakukan pegawai dan kakitangan HSNZ yang lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE).Turut memantau urusan pengebumian ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: HMETROONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pas tikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *