Selepas Seminggu ‘Diam’, UEL Kembali Di Medsos Buat WargaNet Luahkan Rasa Masing-masing

Selepas tujuh hari tidak mengemaskini sebarang perkembangan di akaun media sosial, penceramah bebas Eb1t L3.w kembali berkongsi mengenai kerja amalnya hari ini.

Memuat naik hantaran terbaru kira-kira jam 11.50 pagi tadi, perkongsian tersebut telah mendapat sokongan ramai pengikut di laman sosial Instagram dan Facebook.

Rata-rata mengucapkan selamat kembali dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada E.b1t.

“Tak hidup dipuji, tak kalah dek keji , jika hidup kerana Ilahi. Jalan terus ustaz,” tulis Nurul Azrin.

“Yeah….Ustaz E.b1t sudah kembali!!! Alhamdulilah,” kata Isza VR.

“Alhamdulillah ustaz…MasyaAllah…Semoga keberkatan akan bertambah lagi dan lagi…Ustaz banyak peluang untuk tidak digelar muflis di akhirat nanti…Doakan saya juga mempunyai peluang yang sama….Amin,” kata Faysal Al-syahy pula.

E.b1t menerusi hantaran tersebut berkongsi tentang pembukaan Rumah Kasih Umat yang dijadikan transit bagi anak-anak kanser.

U.EL: Doakan ye. Syukur pada Allah yang Maha Berkuasa dengan izinnya Rumah Kasih Umat dibuka. Rumah ini di Titiwangsa. Kami jadikan rumah transit bagi anak kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di HKL dan sekitar. Buat yang memerlukan boleh hubungi 01170772380. Free tiada caj.

Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit menangis. Tak tahan tengok. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit. Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Ada mak ayah berhenti kerja untuk jaga anak-anak. Zaman sekarang lagilah. Ya Allah. Syukur ramai sangat orang lain dah mulakan. Badan kerajaan atau persendirian. Ini semua usaha kecil kita semua nak jadi sabahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai. Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita.

Ya Allah jika ada pahala semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya. Semoga Allah letak mak ayah kita dalam syurga Firdaus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ramai mempertikaikan tentang beberapa perkara selepas E.b1t membuat sesi live di Instagram dan Facebook ketika menjawab persoalan melibatkan dirinya.

Antara dakwaan yang dilemparkan terhadap E.b1t ialah beliau melarikan dokumen permohonan ke G4.za seorang diri.

E.b1t yang selama ini sangat dikagumi dan dihormati ramai kerana sentiasa menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat P4l.3st.in yang terjejas akibat serangan Is.r431l.

Misi itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.

Kredit:GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *