Wardina Dedahkan Yang Arwah Benjy Pernah Hubunginya Sebelum Ini, Dia Luahkan Perkara Yang Berlaku Dalam Penjara

Personaliti Wardina Safiyyah, 42, bersyukur dapat membantu dan tidak sisihkan pelakon, Allahyarham Benjy Ibrahim , 43, sewaktu arwah menghubunginya sebelum ini.

Turut terkesan dengan pemergian Benjy, Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mendedahkan dia sedih dengan kesusahan arwah menanggung deritanya sendirian dalam penjara.

“Memang waktu dia hubungi saya untuk bantuan, saya ada was-was sikit. Takut dia beli dadah. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warga negara.

“Tak banyak pun sebenarnya. Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar ikut masa, dia dibelasah. Dia sangat terdesak. Bukan mudah nak mengemis pada orang.

“Saya taklah terkilan sangat kerana saya dapat juga bantu Benjy dan tidak sisihkan dia.

Disebabkan itulah, dia cakap terima kasih kerana tidak sisihkan dia seperti orang lain. Sedihnya. Dia meninggal sendirian tanpa keluarga di negara lain. Moga Benjy tenang di sana,” katanya.

Terdahulu, pelakon sitkom Spanar Jaya itu berkongsi cebisan rasa tulisan Benjy yang disifatkannya begitu menyentuh.

“Cebisan rasa Benjy dalam penjara. Dia menulisnya dengan begitu baik. Penguasaan bahasa inggerisnya cemerlang. Itulah saya memilih untuk kekal mengingatinya.

“Saya kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telefilem Kepulangan arahan Subaimi Baba. Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahummafirghlahu warhamhu wa’afini wa’fuanhu,” katanya.

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Benjy yang meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit asma.

Pada 2017 lalu, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup d44dah jenis sy.a4u. Difahamkan juga, segala urusan pengebumian jenazah Benjy akan dilakukan di Medan, hari ini.

Kredit:HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *