Wanita Ini Kongsi Rakaman Video Aktiviti Sihir Kalau Tak Layan Video Call, Ramai Yang Seram Dengan Kegiatan Lelaki Ini

Amalan sihir, santau dan ilmu bercanggah ajaran Islam didapati masih banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu ‘group chatting’ menyeramkan di Instagram (IG). Menerusi akaun TlkT0k milik @babe.qhaa, dia berkongsi satu video yang merakamkan aktiviti sihir yang dikendalikan seorang lelaki.

Menurutnya, group itu dipenuhi dengan wanita dalam kalangan selebriti media sosial (Instafamous). Dakwanya, lelaki tersebut akan mengugut untuk melakukan ritual sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video dengannya.

Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakannya Instafamous. Saya buka voice note, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir.

VIDEO

Gambar yang dia hantar dipenuhi dengan gambar yang telah ditangkap layar di media sosial. Ada juga patung dibalut dengan gambar dan dicucuk jarum dan paku serta diletak sebelah parang tajam.

Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah.

Lebih menakutkan apabila individu tersebut menggunakan Al-Quran dan sejadah untuk aktiviti terkutuk itu.

Bahaya ramai nyawa

Di ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa seram lalu menyuruh gadis tersebut untuk melakukan laporan polis.

Malah, ada segelintir warganet yang mengingatkan agar meletakkan akaun media sosial dalam mod privasi dan berhati-hati ketika berkongsi foto kepada umum.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 1.5 juta tontonan dan 13,000 komen.

Sumber: TikTok @babe.qhaa Via OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *