Pelakon Yana Samsudin hiba apabila semua 14 orang ahli keluarganya di kampung halaman di Yong Peng, Johor, positif virus COVID-19.
Yana memaklumkan perkara terbabit menerusi hantaran di Instagramnya selepas keluarga besarnya menerima keputusan ujian calitan COVID-19 pada Isnin.
Kenyataan di Facebook Gaming Yana
“Assalamualaikum semua..
Dari tadi duk depan pc nak stream ke tak stream.. Memang tak boleh nak stream.. perasaan bercampur baur.
Akak minta maaf sangat sangat, dua 3 hari ni… tak dapat nak kosisten live sebab emosi akak tak berapa stabil sikit. Rasa sedih, risau , banyak fikir. Confirm dapat tahu satu keluarga akak kat Johor tu semua positif covid 19. dari Mak Abah , akak long , abang long, akak ngah , abang ngah , dan anak sedara semua terjangkiti.
Cuba untuk bagi ruang diri ini untuk stabil dulu, insyaAllah esok ada kekuatan untuk kita berjumpa sama sama dalam live nanti.
Mohon ampun maaf dan minta doa dari kalian kepada sesiapa sahaja yang sedang melawan penyakit dan dugaan yang diberikan oleh Allah supaya kuat dan cepat sembuh. Amin.” – Yana Samsudin
Semua positif
“Bismillah, keputusan keluar hari ini. Semua ahli keluarga saya di Yong Peng positif COVID-19.
“Astagfirullahalazim …Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya…
“Mak, abah dan semuanya, please stay strong . Kami jauh,” tulisnya berserta tanda pagar #14.
Yana pada Ahad mengemaskini status Instagram Stories menyatakan 12 anggota keluarganya termasuk dua kakak kandungnya positif virus berkenaan.
Malah, Yana mengingatkan individu yang menjadi kontak rapat ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 agar segera melakukan ujian calitan.
“Dukacita dimaklumkan ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif COVID-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak.
“Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala.
“Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan. Tak tahulah nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya,” tulisnya.
Sumber : GEMPAK