Yang Kerja Kerajaan Akan Dapat Duit Banyak Selepas Tengku Zafrul Umum Bajet 2023. Sekali Netizen Masuk Dan Beri Komen Yg Pedas

PEMBENTANGAN Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat cukup melegakan dan disambut baik oleh rakyat yang mana ia menyaksikan kesemua segmen masyarakat mendapat perhatian.

Bukan sekadar memberi tumpuan kepada golongan rentan serta B40 sahaja, tetapi bajet bertemakan ‘Keluarga Malaysia: Makmur Bersama’ turut tidak mengabaikan golongan M40, usahawan, peniaga kecil, wanita, belia, orang kelainan upaya dan semua segmen.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, kebajikan penjawat awam terus diutamakan dalam agenda bajet sebagai menghargai usaha golongan barisan hadapan negara yang bertungkus lumus dan setia bersama kerajaan bagi mempertahankan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

2

Menerusi Bajet 2023, penjawat awam menerima bantuan ‘durian runtuh’ dengan jumlah bantuan keseluruhan mencapai RM2,500.

Bagaimanapun, pengumuman berkenaan mengundang reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak.

Menerusi laman komen di media sosial, pelbagai kecaman dilontarkan netizen yang mempersoalkan kewajaran langkah kerajaan menyediakan terlalu banyak keistimewaan kepada golongan penjawat awam.

Dakwa mereka, ia sekadar ‘gula-gula’ untuk mengambil hati penjawat awam menjelang pilihan raya umum yang bakal berlangsung kelak.

“Biasalah… tanda-tanda nak pilihan raya.

“Gula-gula nak mengundi,” demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, netizen juga mendakwa ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati golongan berkenaan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.

“Layak ke mereka dapat? Faedah untuk kerajaan saja, tapi perkhidmatan sangat menyedihkan.

“Durian runtuh tapi kerja macam ‘hauk’.

“Beria beri penjawat awam macam-macam. Tapi¬†service out, ada yang¬†bad mood, tak peramah,” komen mereka.

Sehubungan itu, netizen menasihatkan golongan berkenaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat seiring dengan keistimewaan yang diperoleh.

KOMEN

Antara reaksi netizen selepas kerajaan mengumumkan durian runtuh untuk penjawat awam.

“Imbuhan dah dapat jadi kena rajin-rajin ya penjawat awam… jangan mengular dan harap etika pekerjaan dibaiki.

“Mudah-mudahan tidak semakin malas. Kaunter tu buka banyak sikit.

“Kerja nanti dekat kaunter muka tu biar senyum sikit,” demikian komen netizen.

Sekadar maklumat tambahan, bantuan untuk penjawat awam merangkumi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah, kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56 serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *