Yasmin Hani Beritahu Sebab Kenapa Dia Tidak Mahu Masak Di Rumah. Ada Sesuatu Berlaku Waktu Dia Masih Kecil

Pelakon Yasmin Hani baru-baru ini mendedahkan dirinya tidak gemar memasak kerana mementingkan kebersihan di persekitaran rumah.

Menurut sumber, Yasmin mengetahui asas memasak namun lebih memilih untuk mengemas bagi mengelakkan rumah dalam keadaan kotor.

“Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?”

Tambahnya lagi, dia sanggup berlapar kerana sangat mementingkan kebersihan rumah dan hanya akan memasak apabila perlu sahaja.

“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja.”

“Nombor 1 Ialah Kebersihan” – Yasmin Hani Dedah Tak Suka Memasak, Sanggup Berlapar Asal Rumah Bersih

Dia turut berkongsi zaman kanak-kanaknya di mana dia sering dimarahi ketika masuk ke dapur yang menjadi punca dia lebih gemar mengemas.

Dalam pada itu, pelakon filem Duyung tersebut membongkarkan bahawa dirinya kerap berdoa agar suatu hari nanti dia terbuka hati untuk minat memasak.

“Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa?

Saya keluar kemas satu rumah. Saya fikir balik dan berdoa ‘Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak.”

Sumber : Beautiful Nara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *