Zed Zaidi Ada Senarai Artis Mana Yang Buat Aktiviti ‘Persundalan’. Nama Mereka Tidak Boleh Didedahkan Kecuali Sebab Ini Sahaja

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengakui pihaknya ada menerima aduan daripada individu tertentu berkaitan salah laku mengaitkan artis dalam aktiviti persundalan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ada segelintir artis yang menjalankan aktiviti tak bermoral dengan memperoleh pendapatan RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

Bagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, segala aduan yang dibuat secara bertulis itu tidak boleh didedahkan kepada umum sewenang-wenangnya kerana ia melanggar isu data dan privasi.

“Apabila kita dapat aduan barulah kita tahu (ada aktiviti persundalan), tapi kita tak boleh dedahkan hal itu kerana ia melibatkan privasi.

“Begitupun, kalau ada pihak berkuasa yang bertanya, kita berilah. Kita hanya sebagai penyimpan dokumen sokongan sahaja”

“Kita tak bercakap atas khabar angin. Ada aduan bertulis kita simpan, itu bahan dokumen, sekiranya orang menuduh kita ada bukti,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi.

Menurut Zed lagi, Seniman juga tidak mempunyai kapasiti mengambil tindakan dalam menguruskan aduan berhubung masalah mengaitkan isu aktiviti sosial artis.

“Kita pun kena rujuk dengan peguam. Biasanya peguam akan nasihat, tidak akan ambil kes yang melibatkan hal yang melibatkan bidang kuasa pihak berkuasa.

“Lagipun, ini melibatkan hal peribadi. Kita ini sebagai rujukan sahaja. Kerja kita penyimpan data.

“Mana-mana agensi hubungi persatuan, bertanyakan sama ada pernah terima aduan mengenai hal penyiasatan tersebut, jadi kita boleh beri sebagai dokumen sokongan,” katanya.

Terdahulu, Zed mengakui terdapat segelintir individu dalam industri seni terbabit dengan aktiviti sindiket pelacuran susulan pendedahan yang dibuat SPRM.

Bagaimanapun, susulan kenyataannya itu, ramai yang meminta dirinya mendedahkan senarai artis yang berada dalam pengetahuan Seniman.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan SPRM mengesan terdapat golongan artis hidup mewah hasil daripada kegiatan tidak bermoral yang mengaitkan diri mereka dengan suspek kes Macau Scam baru-baru ini.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *