Zizan Razak ‘try’ wartawan mirip Neelofa, Ini yang Zizan cakap dekat Hawa semasa interview

SETIAP kali diajukan soalan mengenai jodoh, pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti mempunyai cara tersendiri untuk mengelak untuk berbicara mengenainya.

Kali ini jawapan pelakon Polis Evo itu kelihatan lebih kreatif apabila menjadikan wartawan dan penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan sebagai ‘sasaran’ yang secara kebetulan turut sama menghulurkan mikrofon kepadanya.

“Kenapa pandang dia (Hawa) apabila tanya soalan tentang jodoh? Anda rasa dia sesuai?

“Tipulah kalau tak terfikir soal kahwin, kalau boleh saya nak seorang wanita yang bertudung dan boleh bercakap serta mengacara,” kata Zizan sambil beberapa kali memandang ke arah Hawa.

Biodata Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ‘Kembar’ Neelofa, Anak Aziz Desa Jadi Pembaca Bulletin Utama di TV3

Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 dan sekarang di TV3 Bulletin Utama jam 8 malam. Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa. Bapanya ialah bekas pengacara TV terkenal, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman. Tak Caya Tengok gambarnya.

  • Nama Penuh: Hawa Rizwana Ahmad Redzuan
  • Nama Panggilan: Hawa Rizwana
  • Umur: 22 (2017)
  • Agama: Islam
  • Kerjaya: Penyampai Berita
  • Pendidikan: Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan (UiTM)
  • Instagram: http://ift.tt/2wspb34
  • Twitter: https://twitter.com/hawarizw

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *